SharpShooter Followers

Tuesday, September 22, 2009

500 Pelancong terkandas di keretapi Bukit Bendera


PULAU PINANG 21 Sept — Kira-kira 500 pelancong terkandas di Bukit Bendera di sini selepas perkhidmatan kereta api ke pusat peranginan itu tergendala selama empat jam malam ini.

Kerosakan pada peralatan elektrik dalam bilik enjin di stesen atas menyebabkan perkhidmatan tergendala mulai pukul 6.44 petang hingga 10.45 malam ini.

Kebanyakan pelancong, yang mengambil kesempatan cuti perayaan Aidilfitri untuk mengunjungi pusat peranginan itu, terkandas di stesen atas dan terpaksa dibawa semula ke stesen bawah dengan kenderaan secara berperingkat.

Ramai daripada pelancong kecewa dengan pekerja dari Jabatan Kerja Raya yang hanya dapat membaiki kerosakan dan memulihkan perkhidmatan pada pukul 10.45 malam.

Setiausaha politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang ditemui di stesen bawah, berkata kerja-kerja menaiktaraf perkhidmatan kereta api itu akan bermula 28 Okt ini dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

“Perkhidmatan akan berjalan seperti biasa pada enam bulan pertama tetapi akan diberhentikan pada enam bulan seterusnya bagi memudahkan kerja-kerja naiktaraf itu,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/