SharpShooter Followers

Tuesday, July 14, 2009

YB Saifuddin tidak bersama dalam isu Menteri Besar Selangor

YB Saifuddin Nasution tidak bersama dalam perbincangan isu Menteri Besar Selangor petang ini. Memang sepatutnya beliau hadir petang ini bersama Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Syed Hussein dan Azmin Ali tetapi beliau hari ini terpaksa terbang ke London selama seminggu untuk mengikuti kursus yang telah lama dijadualkan.


Bagaimanapun beliau yakin setiap masalah ada penyelesaiannya. Mana ada negeri yang tidak ada masalah. Semua negeri ada masalah apatah lagi negeri yang diperintah di bawah B-End cuma media arus perdana sahaja kadang-kadang yang tidak mahu membesarkan dalam media.


Sebagai orang lama dalam PKR, beliau berkata sudah lebih 10 tahun PKR menghadapi pelbagai masalah namun PKR terus melangkah biarpun PKR hampir terkubur pada tahun 2004 apabila PKR kalah di semua kerusi kecuali Dato' Seri Wan Azizah sahaja yang berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.


" Orang yang gagal adalah orang yang apabila jatuh tidak mahu bangun semula" Falsafah ini menjadi pendorong buat PKR yang tidak mahu gagal lagi dan terus berusaha dan terus berjuang dan kini Alhamdulillah PKR diterima rakyat. Bukan mudah untuk PKR mencapai ke tahap ini.


Dalam Pakatan Rakyat, Selangor adalah satu-satunya negeri yang Menteri Besarnya adalah PKR. Manakala DAP di P.Pinang dan PAS di Kelantan, Kedah dan Perak. Kerajaan B-End di Perak sekarang adalah kerajaan haram.


Saifudin cukup yakin Anwar Ibrahim akan dapat selesaikan masalah ini dengan cara yang terbaik. Yang penting semua pihak harus berlapang dada menerima teguran katanya. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh menegur dan ditegur.


Beliau juga yang baru pulang dari Manek Urai mengatakan, dengan ketandusan isu oleh B-End, dengan calon Manek Urai digantikan pada saat-saat akhir dengan jambatan oleh Muhyidin, InsyaAllah Manek Urai akan dimenangi oleh PAS. Takbirr..



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/