SharpShooter Followers

Saturday, July 18, 2009

Solidariti untuk kematian misteri di SPRM Penang - Malaysiakini

DAP P.Pinang yang diketui oleh YB Ng Wei Aik Adun Komtar menganjurkan satu perhimpunan aman memperingati kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock Pembantu Khas kepada YB Ean Yong Hian Wah yang kononnya dikatakan terjatuh dari bangunan SPRM. Perhimpunan ini dibuat di hadapan pejabat SPRM P.Pinang Jalan Sultan Ahmad Shah tepat jam 9 malam.







Mr Jordan PA kepada YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah dan Zulkarnain pengasas Unit Ehsan P.Pinang turut hadir.

Cikgu Zulkifli PA kepada Exco YB Hj Malik Kassim turut hadir sebagai tanda simpati sesama insan.

Zulkifli Ibrahim PA kepada Exco YB Lau Choo Kiang turut memberi ucapan selaku Exco AMK Malaysia mewakili Parti Keadilan Rakyat. Beliau mendesak satu penyiasatan yang bebas segera dilakukan. Beliau berkata mana mungkin mendiang membunuh diri kerana beliau hanyalah saksi kepada penyiasatan oleh SPRM dan beliau pula sepatutnya berkahwin pada hari ini. Imej SPRM tercalar teruk atas kematian misteri ini. Beliau juga mendesak agar pegawai SPRM yang terlibat digantong sementara menunggu keputusan siasatan. Ucapan penuh semangat beliau mendapat tepukan gemuruh oleh para hadirin.




Beberapa Yb dari DAP turut hadir. YB Ng Wei Aik mengumumkan sebuah bas akan disediakan untuk menghadiri upacara pengkebumian mendiang Teoh Beng Hock di Alor Gajah Melaka jam 11 pagi. Bas akan bertolak dari Penang jam 12 tengah malam pada hari Ahad. Beliau juga memaklumkan satu majlis penerangan tentang kematian misteri ini pada hari Selasa bertempat di Komplek Penyayang P.Pinang akan diadakan. DAP akan terus membela kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Sementara itu laman web akhbar Guang Ming Daily hari ini pula melaporkan ibunya Chong Saw Huay, 56, menangis tidak henti-henti sejak menerima berita tragis itu petang semalam. Setiap kali melihat gambar anaknya, yang terbaring kaku, di dada akhbar, ibunya dilaporkan akan menangis sementara menunggu mayatnya dibawa pulang ke pangkuannya.

Mayat mendiang dijangka akan disemadikan di Alor Gajah, 11 pagi Isnin ini.Wanita itu semalam dilaporkan pengsan sewaktu menerima panggilan telefon daripada seorang pembantu exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Bercakap kepada akhbar itu di rumahnya hari ini, Chong berkata anaknya itu bersama Soh, berasal dari Batu Pahat, sepatutnya pulang ke Alor Gajah untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka yang dirancang 3 Oktober ini - bersempena Pesta Tanglung.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/