SharpShooter Followers

Saturday, July 25, 2009

Selepas Raya 2 Pilihanraya?

25 Julai 2009 -Petang kelmarin Chegu Bard telefon ajak saya ke Sg Petani, ada ceramah katanya. Cikgu Azman Ketua AMK Sg Petani tunggu di tol Sg Petani.

Kami pergi berlima, Azizi, Komeng, Rizal turut ikut. Kami dibawa ke Kg Teluk Wang, ceramah anjuran PAS. YB Dato' Johari Abdul memulakan ceramah. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Sg Petani menyentuh tentang isu semasa. Beliau banyak mengulas tentang isu di Perak di mana 2 katak PKR lompat jadi wakil rakyat Bebas.

Tetapi yang peliknya saudara sejak akhir-akhir ini heboh mengatakan mereka berdua ini gagal dihubungi oleh mana-mana pihak. kenapa mereka tidak terus masuk UMNO juga jadi persoalan.

Chegu Bard dijemput sebagai penceramah kedua. Chegu Bard pula menyentuh tentang slogan Perdana Menteri Malaysia. Kalau dulu Dr Mahathir dengan Wawasan 2020. Lepas itu Pak Lah dengan Islam Hadhari. Kemudian sekarang Najib dengan 1 Malaysia.

Zaman Dr Mahathir orang Melayu banyak tertipu dengan khayalan dan ilusi kononnya negara kita akan maju zaman 2020 hingga banyak tanah yang tergadai atas nama kemajuan. Kerpan sebagai contoh di Kedah.

Bila kes Anwar dipecat tercetus tahun 1998, kebangkitan gelombang reformasi sukar dibendungg. B-End hampir tewas pada PRU 1999. Jika kaum Cina dan India ketika itu berani berubah seperti sekarang sudah tentu B-End sudah lama terkubur. Dr Mahathir terpaksa melepaskan jawatan.

Datangnya Pak Lah slogan Islam Hadhari pula. Semuanya ini untuk mengembalikan sokongan orang Melayu yang marah pada Dr Mahathir. Maka dikerahnya ustaz-ustaz kangkong untuk menerangkan Islam Hadhari maka tenggelamlah wawasan 2020 Dr Mahathir. Gambar Pak Lah jadi Imam diperbesarkan kerana umno terkejut berok sebelum ini tak pernah tengok PM jadi Imam. Berjuta wang rakyat dihabiskan untuk mempromosi Islam Hadhari kononnya Islam Moden, Islam Kontemporari.

Pak Lah akhirnya terpaksa juga melepaskan jawatan setelah kekalahan yang paling buruk B-End pada PRU 2008 walaupun sebelum ini Pak Lah berjaya cipta rekod terbaik B-End pada PRU 2004.

Najib terpaksa pula muncul dengan slogan 1 malaysia kerana B-End tahu sokongan Cina dan India menyebelahi Pakatan Rakyat. Semua media arus perdana mencanangkan 1 Malaysia. Maka tenggelamlah Islam Hadhari Pak Lah.

Kalau Pak Lah dulu selepas menang datang bala Tsunami yang tidak pernah berlaku, Najib pula diserang dengan selsema babi (H1 N1) eloklah tu Hishamudin 1 Najib 1. Kedua-duanya anak bekas Perdana Menteri Malaysia.

Chegu Bard juga menyentuh tentang isu Memali bagaimana kejamnya UMNO ketika itu mengarahkan pencacai umno membunuh Ustaz Ibrahim Libya. Peristiwa hitam itu sukar dilupakan apatah lagi dimaafkan. Sebab itu beliau amat marah bila ada pihak yang cuba berbaik dengan umno atas nama perpaduan Melayu. Bila umno kuat isu perpaduan Melayu tidak timbul tapi bila umno nak mampus maka lagu keroncong perpaduan Melayu didendangkan.

YB Dr Mujahid Yusoff Rawa penceramah terakhir. Saya tak sempat mendengar ceramah YB Dr Mujahid kerana Chegu Bard selepas itu terpaksa bergegas ke Pinang Tunggal Kedah kerana ada satu lagi ceramah di sana.

Di sana Chegu Bard ceramah atas lori. Beliau menyentuh pula isu terkini terpanas kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock. Pembelaan bukan saja terhadap teoh malah semua tahanan polis atau Isa yang pernah mati wajib dibela.

Beliau menyeru supaya rakyat turun beramai-ramai ke jalanraya pada 1 Ogos di mana sejarah akan tercipta. Kita nak tengok juga Ibrahim Ali al-kataki and the geng yang tak sedar diuntong bila sudah menang maki pula PAS yang bagi laluan padanya pada PRU 2008.

Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Kit Siang serta ramai lagi pemimpin utama parti akan turun bersama pada 1 Ogos untuk mansuhkan ISA.

Rakyat boleh turun atas dasar semangat nak hapuskan ISA, pembelaan Teoh dan tahanan lain yang mati, Isu PPSMI, kenaikan tambang bas dan teksi dan kita nak tengok juga berapa ramai geng Ibrahim Ali al-kataki. Kita nak tengok juga FRU nak sembur dan nak tembak siapa. Rugi besar kalau tak hadir 1 Ogos 2009.

Dalam perjalanan pulang, Chegu Bard menerima panggilan telefon. Beliau dimaklumkan bahawa 2 ekor katak di Perak akan kosongkan kerusi. Bermakna akan ada 2 PRK di Perak.

Mereka berbuat demikian kerana terlalu kecewa dengan umno yang menipu mereka. Mereka ditawarkan 20 juta seorang untuk melompat tapi sampai kini 20 juta memang dapat tapi 20 juta rupiah sajalah... kah..kah..kah... padan muka.. mujur tak mati. Kalau mati... sah MATI KATAK.

Kalau mereka letak jawatan dalam masa terdekat, bulan depan sudah puasa. Tentu kekalahan pilihanraya kecil dalam bulan puasa di LUNAS masih menghantui umno dan b-end. Bermakna lepas raya baru ada dua pilihanraya serentak.

Kalaulah arwah Mat Nespu masih hidup, sudah tentu Mat Nespu akan kata pada mereka macam ni....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/