SharpShooter Followers

Thursday, July 30, 2009

Polis - Mengapa rakyat tidak hormat - siri 5




6 Mei 2009. Nak hantar kek kepada Perdana Menteri pun kena tangkap? Tiga pemuda ditahan polis kerana cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaaribuu ke-31" di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Yasir Sheikh Abdul Rahman, Saufi Mihat dan Sani Md Shah ditangkap dan dilokap selama 24 jam.

Selain tiga orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, turut disiasat pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin yang mengepalai perkumpulan tersebut dan temannya Nor Azizi Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Jika masih hidup, Altantuya yang dibunuh pada 2006 kini berusia 31 tahun.

Kumpulan kira-kira 30 aktivis SAMM juga merancang menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Saya sedih tengok cara polis yang ikut arahan 'atasan' membuta tuli, kenapa mereka tak pernah ambil iktibar apa yang berlaku pada 2 anggota polis Sirul dan Azilah yang membunuh Altantuya.

Yang akhirnya kena hukuman bukan pemimpin umno tetapi polis yang bangang yang ikut arahan 'atasan' membuta tuli.

Hantar kek pun salah? Undang-undang mana yang polis pakai?

Sebut Altantuya pun salah? Undang-undang mana yang polis pakai?

Jawabnya mudah... sebab polis tak dak akai.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/