SharpShooter Followers

Thursday, July 09, 2009

Pejabat Adun Sg Puyu disimbah cat

Pusat Khidmat Adun Sg Puyu, Phee Boon Pooh yg juga Exco Kerajaan Negeri di Jalan Raja Uda di sini disimbah cat merah pagi semalam mungkin bertujuan menakutkan beliau. Pusat Khidmatnya yang terletak di No 55, Taman Dedap. kejadian berlaku kira-kira 7 pagi.

Beliau juga berkata perkara dimaklumkan kepadanya oleh orang ramai yang melalui bangunan itu. kemudian kira-kira jam 7.30 pagi, saya mengarahkan pembantu saya untuk meninjau dan mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau juga berkata. "Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan tadi saya telah membuat laporan polis untuk menyiasat siapa dalang di sebalik kejadian itu". Kesan cat warna merah itu didapati di dinding hadapan pusat khidmat dan cat juga terkena sebuah kereta kancil yang berada di situ.

" Saya rasa ini bukan kerja along kerana saya tidak pernah meminjam kepada mereka dan beliau percaya kejadian ini ada berkaitan dengan siasatan beberapa kes yang melibatkan saya secara mendalam". katanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/