SharpShooter Followers

Thursday, July 23, 2009

NGO serah memorandum kepada YB Chong Eng

23 Julai 9.00 malam Khamis - Berbagai NGO menyatakan simpati dan bantahan terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock dan A. Kugan dalam tahanan dan siasatan di Bukit Mertajam, P.Pinang.

Antara NGO yang hadir adalah UNIT EHSAN P.Pinang, E-Youth, Kelab Kebajikan Masyarakat Bukit Mertajam, Kelab Belia Alma, Persatuan Penduduk Taman Permata, Persatuan Kesedaran Hak Wanita Bukit Mertajam, MAYC Juru dan Persatuan Wanita Bukit Mertajam.

Mereka menyampaikan memorandum kepada YB Chong Eng bagi menyatakan pendirian dan simpati mereka.

Antara Kandungannya :-

1) Mengharapkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock cekal dan tabah untuk meneruskan kehidupan.

2) Membantah Suruhanjaya Diraja yang diumumkan Najib semalam yang hanya untuk menyiasat siasatan prosuder.

3) Menggesa dan mendesak untuk ditubuhkan segera Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock dan A.Kugan. Suruhanjaya Diraja mesti melibatkan NGO, Hak Asasi Manusia, Pakatan Rakyat dan BN.

4) Setiap soal siasat pihak Polis/SPRM, mestilah dibenarkan kehadiran seorang peguam bagi mewakili mereka.

5) Semua Pejabat Polis/SPRM dan bilik siasatan mestilah dilengkapi CCTV 24 jam. Ini bagi mengelak penyalahgunaan kuasa.

Mereka juga menyatakan kes kematian misteri Pegawai Penyiasat Jabatan Alam Sekitar, Rumie Azzan Mahlie, 31, yang dikatakan terjatuh dari tingkat sembilan di Pejabat JAS Sarawak di Wisma STA, Kuching, 17 September tahun 2004 harus disiasat semula.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/