SharpShooter Followers

Thursday, July 09, 2009

Muhyidin marahkan Tun Che Det, PAS pula jadi mangsa

Dalam Utusan Online hari ini bertajuk :-
Pas perlu buktikan UMNO tidak perjuangkan Islam

KUALA KRAI 8 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pas supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada Pas dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Kalau dilihat dalam Perlembagaan UMNO, salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam," katanya ketika berucap kepada penduduk kawasan Manik Urai Lama pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil Manik Urai di sini, malam ini. klik <sini> dan <sini> beita lanjut.

Inilah Pemimpin UMNO bila Tuan Guru Nik Aziz ajak berdebat dah takut dan tolak. Biasalah Najib selalu mati sebelum ajal. Sekarang Muhyidin pula marah. Kenapa Muhyidin marah? dia marah sebenarnya sebab kena marah dengan tun che det tentang isu PPSMI.

nak melawan tun... dah orang tua..
nak tegur tun... takut menderhaka pula...
nak marah tun... takut tun nangis pula..
nak serang tun... takut tun buka kes dia pula...
hai susah...susah...cakap salah..tak cakap pun salah...jadi semua serba salah...
last-last PAS pula jadi sasaran lepas geram.

UMNO..UMNO...memang tepatlah tu... DULU,KINI dan SELAMANYA....
Kalau dulu tak berapa cerdik... Kini tak berapa cerdik.... dan selamanya pun tak berapa cerdik...
Kalau dulu pandai helah... kini pandai helah... dan selamanya pun pandai helah..
lepas tu... pandai-pandailah sambung ayat..

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/