SharpShooter Followers

Saturday, July 25, 2009

MIC, MCA dan Gerakan semakin hancur.

Seminggu yang lalu Dr Chua Jui Meng telah menyertai PKR. Beliau juga akan hadir esok di Padan Bola Taman Ilmu, Nibong Tebal untuk berceramah bersama Anwar Ibrahim.

Hari ini bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam telah menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 65, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 10 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.

Pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 1,700 ahli MIC yang melompat menyertai PKR."Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi hanya sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh 350 hadirin.

Subramaniam telah menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.


Inilah realiti PKR yang terima secara terbuka sesiapa sahaja untuk menyertainya. Ini menandakan masa depan PKR dan Pakatan Rakyat semakin cerah. Bekas UMNO, bekas MIC, bekas MCA, bekas Gerakan dan bermacam-macam bekas lagi semuanya telah menyertai PKR.

Ini bermakna tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, rakyat tidak percaya. Biarpun difitnah, biarpun dihina, namun semangatnya, perjuangannya sedikit pun tidak pernah luntur malah anak kelahiran Cherok To'Kun ini semakin dihormati kerana prinsipnya.

Semoga kehadiran bekas pemimpin kanan MIC ini tidak pula mengikut jejak langkah rakan sepermainan tenis Anwar Ibrahim yang masuk PKR tetapi akhirnya keluar PKR kerana kecewa tak dapat jawatan. Beliau kemudian menubuhkan pula sebuah parti yang turut dihadiri oleh Ezam dan balacinya. Apa nama dia...dah lupa dah...
Yang menari dgn Anwar di Ijok tu... ha..baru ingat..Datuk S. Nallakarupan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/