SharpShooter Followers

Monday, July 13, 2009

Menteri Besar Selangor akan ditukar?

Bila YB Azmin Ali lantang bersuara di media mengenai keputusan dan prestasi Exco Negeri Selangor, sudah pasti ini ada sesuatu yang mungkin tidak kena dan tidak boleh disembunyikan lagi. Ramai yang bertanya mengapa seolah-olah ada ribut taufan melanda di Selangor? baca di <sini>


"Sungguhpun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan exco-exco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor" kata YB Azmin Ali.

Selain itu YB Azmin Ali turut meminta Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya pembabitan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti “gelap” di Selangor. Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman blognya, itu perlu perlu disahkan daripada segi kesahihannya.

Antara yang ditulis oleh Wee Choo Keong ialah:"Saya sendiri telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat dan golongan peniaga di Selangor bahawa pejabat salah seorang ahli Exco telah dan sedang digunakan sebagai tempat bermesyuarat untuk orang yang terlibat dalam peniagaan jenis yang boleh dipersoalkan ataupun “underground business activities.” Ini adalah rahsia terbuka dalam pejabat pentadbiran Selangor dan ini akan menjejaskan imej pentadbiran Pakatan.

"Saya mungkin tidak ada yang berkunjung ke pejabat sebagai anggota exco, tetapi tidak bererti bahawa saya tidak megetahui apa yang berlaku. Sama seperti polis, mereka tidak pernah mengunjungi rumah urut, pusat perjudian, dan lain-lain namun mereka tahu kegiatan tersebut dan mereka mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima.

Saya akan memberikan nama anggota exco pada waktu yang tepat." jelas Wee dalam blognya.Tambah wee lagi "Ini sangat tidak sihat kerana akan menyatakan bahawa anggota exco mennyokong 'kegiatan kongsi gelap' dan akhirnya akan mempengaruhi imej Pakatan rakyat yang memerintah Selangor," kata ahli parlimen Wangsa Maju.

Sementara itu, rancangan AMK PKR Selangor mahu adakan Demo Bantahan dan menyerahkan Memorandum kepada MB Selangor di luar Dewan Undangan Negeri Selangor tengahari tadi tidak diteruskan walaupun dengan kehadiran ramai wartawan yang menanti sejak jam 11 pagi.

ADUN Bukit Antarabangsa yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Azmin Ali telah berjaya “memujuk” rombongan AMK Selangor yang diketuai oleh Setiausahanya, Maharul Ismail.Azmin juga berjaya membawa kumpulan pimpinan anak muda PKR ini jauh dari kawasan umum dan para wartawan dimana perbincangan dibuat secara tertutup di suatu sudut dalam perkarangan masuk Dewan Undangan Negeri.

YB Azmin Ali juga memaklumkan kepada rombongan AMK Selangor bahawa esok jam 5.30 petang, MB Selangor akan dipanggil mengadap Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali, YB Saifuddin Nasution dan YB Azmin Ali sendiri di pejabat PKR Tropicana bagi menjelaskan kekusutan berlaku dalam pentadbiran PKR Selangor


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/