SharpShooter Followers

Tuesday, July 28, 2009

Isu Kg Buah Pala - Lawan tetap lawan - Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri P.Pinang.

PULAU PINANG: Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd, pemilik tanah seluas 2.6 hektar di Kampung Buah Pala, hari ini menyifatkan tindakan kerajaan negeri menarik balik kelulusan pelan pembangunan di tapak itu sebagai satu bentuk ugutan.

Pengerusinya, Abdul Razak Mansor berkata, pihaknya tidak akan mengalah dengan ugutan itu dan akan mencari jalan untuk meneruskan hasratnya untuk membangunkan kawasan berkenaan demi kepentingan anggotanya.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang memberikan hak tanah itu kepada koperasi berkenaan adalah kekal dan semua pihak harus menghormatinya.
Ketika dihubungi Bernama di sini, katanya, koperasi itu tidak bersetuju terhadap sebarang tindakan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk berkompromi dengan kerajaan negeri dan setakat ini pendirian itu kekal.

"Jika perlu, kita akan mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mana-mana pihak yang cuba menghalang pembangunan di tanah yang kami perolehi secara sah itu dan sebarang tindakan akan mengambil kira keadaan selepas 2 Ogos ini," katanya.

Beliau berkata, adalah sukar bagi koperasi untuk membatalkan hasratnya membangunkan tanah itu kerana lebih 3,500 anggota sudah menunggu sekian lama untuk menikmati hasil pelaburan mereka.

Abdul Razak berkata sebagai sebuah koperasi yang ditubuhkan sejak 84 tahun lalu, projek pembangunan di kampung berkenaan merupakan projek sulung yang memang dinantikan selama ini.

"Saya tidak boleh menyerahkan tanah itu sewenang-wenangnya kepada pihak lain tanpa persetujuan anggota dan sebarang kehendak mereka diputuskan melalui mesyuarat agong tahunan," katanya.

Justeru itu, beliau berkata koperasi itu tidak berminat dengan langkah MIC untuk mengambil balik tanah itu dan membayar premium RM3.2 juta kepada kerajaan negeri.

"Nilai moral koperasi ini jauh lebih tinggi daripada premium itu. Jadi kami tidak akan menyerahkan tanah itu kepada mana-mana pihak,"katanya.

Beliau juga tidak akan menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk berbincang mengenai penyelesaian kemelut di Kampung Buah Pala itu walaupun beliau dijemput kelak. Kenyataan Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau dan koperasi, anda boleh layari di sini :- http://kpkppenang.blogspot.com/ dan http://kgbuahpala.blogspot.com/ untuk citer terkini Kg Buah pala.

Sementara itu Lim Guan Eng keluarkan kenyataan terbaru tentang isu Kg Buah Pala di <sini> dan kenyataan Samy Vellu di sini.

Kg Buah Pala hari ini kawasannya telah dikawal rapi oleh polis. Ini boleh buat filem Tamil atau filem Hindustan ni.. Makin lama makin panas... Apa agaknya ending citer ini...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/