SharpShooter Followers

Wednesday, July 22, 2009

H1 N1 terus membunuh...mencari mangsa...

Siapa rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia selepas ini ?

Hishamuddin Hussein Onn (H1) dalam Buletin Utama Selasa 21 Julai 2009 telah menyatakan bahawa kononnya beliau secara peribadi akan memantau siasatan yang dijalankan oleh pihak polis terhadap kes kematian Teoh Beng Hock. Juga dalam kenyataan yang dikeluarkannya beliau juga memberi jaminan dan keyakinan penuh kepada pasukan polis untuk menyiasat kes tersebut dengan profesional.

Apa yang dipersoalkan sekarang ialah sejauh mana kenyataan H1 ini boleh diterima ? 10 tahun lalu peristiwa mata lebam Dato Seri Anwar Ibrahim sudah banyak mencelikkan mata rakyat Malaysia bahawasanya pasukan polis memang diragui kredibilitinya.

Kemudian yang terbaru kes penyiasatan berhubung laporan polis yang dibuat DSAI terhadap Musa Hassan dan Gani Patail.


Aduan DSAI dibuat berhubung dakwaan polis gagal menyiasat laporan olehnya pada 20 Februari lalu ke atas Abdul Gani dan Musa susulan peranan mereka yang dituduhnya memalsukan laporan polis berkaitan penahanannya pada 20 September 1998.

Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April lalu kepada ketua balai Damansara (Utama) untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan," kata Anwar lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein (H1) - dalam jawapannya kepada soalan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah di Dewan Rakyat 22 Jun lalu - berkata laporan yang dikemukakan Anwar telah dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada 21 Februari.

"Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun lalu kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini," kata Anwar.

"Kami terkejut apabila menerima maklum balas bertulis bertarikh 10 Julai lalu yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidang kuasa mereka.

"Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya."
Mantan timbalan perdana menteri itu menambah, perkembangan ini bermakna polis dan pegawai Kementerian Dalam Negeri "menyebabkan Hishammuddin (H1) mengelirukan Parlimen" dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun kepada Sivarasa, juga ahli parlimen Subang.

"Polis yang menerima semula laporan tersebut daripada SPRM gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas - wujud satu perancangan dalam polis untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku disembunyikan," kata Anwar dalam kenyataan yang sama.

"Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Abdul Gani dan Musa terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan."

Akibat sikap kedua-dua agensi penguatkuasaan itu, Anwar mendakwa Abdul Gani dan Musa "dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada 1998 dan sekarang," katanya lagi.

Hasil pemantauan Hishammuddin (H1) siasatan kes-kes penting yang boleh menggugat kedudukan UMNO Barisan Nasional semuanya ditutup bagi mengelirukan rakyat Malaysia.

Musa Hassan pula berlagak macam gangster ala mafia menakut-nakutkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang berbaur ugutan.

Manakala Najib (N1) pula, memang 1 Malaya sudah tahu beliau dan isterinya terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Mengapa hingga hari ini Najib (N1) tidak berani menyaman 19 laporan akhbar asing yang mendakwa beliau terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya?

Sekilas lintah di air..ku tahu dah.. jantan ke betina..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/