SharpShooter Followers

Monday, July 13, 2009

Esok cuti Umum bagi Kelantan - Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz isytiharkan cuti umum esok sempena prk Manek Urai. Ini bagi membolehkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kelantan keluar mengundi. Langkah ini pernah dibuat oleh Kerajaan P.Pinang ketika prk di Permatang Pauh ketika Anwar bertanding.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'. "Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Meilepas.Bercakap di sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu."Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya seperti dilaporkan.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manek Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu "sebagai satuibadah".Tambahnya, beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik apabila tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut sehingga ini.


Hingga kini kelibat Najib tidak kelihatan di Manek Urai. Menjadi tanda tanya pengundi-pendundi di Manek Urai. Adakah beliau diserang cirit birit? Chingkunya? atau selsema Babi? atau sudah tahu nak kalah sebab itu najib tak berani ke Manek Urai. Nanti hantu Altantuya kejar tak cukup tanah pula lari di Manek Urai.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/